Skip to main content

Pertandingan filem pendek dan melawat negara Cina-- Teh dan Sayang



Sesiapa berminat rekaan fileman pendek, kini anda boleh dapat peluang melawat negara Cina percuma jikalau filem pendek anda memenang hadiah.

Baca peraturannya:




Pesta Filem Mikro Antarabangsa China 2016-2017
Panduan Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa “Teh & Cinta”
http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016c/ (Chinese)
http://esperanto.cri.cn/teokajamo2016e/ (Esperanto)

Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa “Teh & Cinta” anjuran Bahagian Bahasa Esperanto Radio Antarabangsa China (CRI) bertujuan untuk mewujudkan wahana interaksi kebudayaan antara China dengan luar negara melalui video.
Cinta” yang dimaksudkan dalam tema utama pertandingan tahun 2016-2017 ini bukan sekadar merujuk kepada percintaan antara lelaki dengan perempuan, tetapi satu konsep yang lebih luas termasuk kasih sayang antara ibu bapa dan anak, adik beradik, kawan-kawan, rasa cinta terhadap budaya teh, alam sekitar, keamanan, serta minat membaca buku ataupun membelajari bahasa Esperanto. Semua karya filem mikro yang melibatkan perasaan “cinta dan sayang”, dan dapat memperlihatkan unsur-unsur positif dialu-alukan menyertai pertandingan ini.
Teh & Cinta” bakal menjadi nama tetap bagi Pesta Filem Mikro ini. Kami dengan sukacitanya menanti-nantikan penyertaan anda dalam Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa “Teh & Cinta” 2016-2017.

I. Jadual
1 Mei – 30 November 2016: Pemungutan karya
Januari 2017: Penilaian profesional
1 Januari – 31 Mac 2017: Penerbitan karya di laman web dan pengundian dalam talian.
April 2017: Pesta Filem Mikro Antarabangsa “Teh & Cinta” diadakan di Hangzhou, China.

II. Kelayakan
Pertandingan dibuka kepada semua termasuk artis profesional ataupun amatur, peminat teh, penutur ataupun pelajar bahasa Esperanto, serta peminat budaya China.

III. Anugerah & Hadiah
Karya akan dinilai pada dua peringkat, iaitu penilaian profesional dan pengundian dalam talian menerusi laman web. Panel pengadil profesional terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dalam bidang perfileman, budaya teh dan bahasa Esperanto dari dalam dan luar China.

Anugerah oleh panel pengadil profesional
1. Filem Terbaik
2. Skrip Terbaik
3. Pengarah Terbaik
4. Animasi Terbaik
5. Muzik Original Terbaik
6. Pelakon Lelaki Terbaik
7. Pelakon Wanita Terbaik
8. Penggambaran Terbaik
9. Penyuntingan Terbaik
10. Anugerah Istimewa
Hadiah: Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap kategori anugerah oleh panel pengadil profesional. Pemenang akan dijemput untuk menghadiri Pesta Filem Mikro Antarabangsa “Teh & Cinta” di China secara percuma.

Anugerah penilaian dalam talian menerusi laman web
Semua karya yang terpilih di penilaian peringkat pertama akan ditayangkan dalam talian di laman web rasmi pihak penganjur pada tempoh 1 Januari hingga 31 Mac 2017. 10 filem mikro yang paling popular akan dipilih melalui pengundian pengguna internet.
Hadiah: Sijil dan hadiah istimewa

IV. Syarat Penyertaan
Bahan-bahan yang perlu diserahkan sebelum 30 November 2016:
  1. Borang penyertaan
  2. Filem mikro dengan sari kata bahasa Esperanto ataupun bahasa ibunda peserta (termasuk pembukaan, penutupan dan senarai nama para pelakon serta penghargaan.)
  3. Filem mikro tanpa sari kata.
  4. Dokumen sari kata filem mikro dalam bentuk Word (termasuk pembukaan, penutupan dan senarai nama para pelakon serta penghargaan)
  5. Poster filem mikro versi digital
  6. Profil peribadi peserta dan sekurang-kurangnya dua keping foto digital.
Syarat-syarat terperinci:
  1. Kategori atau jenis karya: Bebas. Semua bentuk termasuk filem cerita, dokumentari, muzik, animasi dan lain-lain diterima.
  2. Kandungan: Unsur-unsur positif dan melibatkan “teh”.
  3. Panjang filem: 2 hingga 15 minit.
  4. Peralatan penggambaran: Bebas. Telefon bimbit ataupun kelengkapan profesional.
  5. Bahasa: Bebas. Bahasa Mandarin, bahasa Esperanto ataupun bahasa ibuda peserta.
  6. Standard: Definisi tinggi 1920, 1080, 16:9, 25p dengan format MPG, MPEG-4, MP4, MOV, AVI atau WMV.
  7. Sari kata: Filem perlu dilengkapi dengan pembukaan, penutupan dan senarai para pelakon serta penghargaan.
    Para peserta perlu melengkapi filem mikro dengan sari kata dalam bahasa Esperanto ataupun bahasa ibunda, serta menyediakan dokumen sari kata filem tersebut dalam bentuk Word. Sari kata bahasa Mandarin akan disediakan oleh pihak penganjur (kecuali filem dalam bahasa Mandarin).
  8. Poster filem: Para peserta perlu mereka bentuk poster filem definisi tinggi dengan saiz 57cm lebar x 84cm tinggi, dalam format JPEG dan PDF.
  9. Profil peribadi: Pengenalan diri tidak melebihi 500 perkataan. Sekurang-kurangnya 2 keping foto diri, satu versi landskap (3264 x 2488 pixels) dan satu lagi versi portret (2488 x 3264 pixels) dalam format JPEG bersaiz tidak kurang daripada 2MB.
  10. Peserta yang sama (individu ataupun kumpulan) dibenarkan menyerahkan lebih daripada sebuah karya filem. Filem yang sama dibenarkan menyertai semua kategori pertandingan.
  11. Karya yang diserahkan dalam pertandingan ini boleh menyertai pertandingan-pertandingan lain. Namun, karya yang pernah menyertai Pertandingan Filem Mikro “Teh & Cinta” 2014-2015 tidak dibenarkan menyertai pertandingan tahun ini. Penyertaan dalam pertandingan ini juga bermakna peserta bersetuju membenarkan karya filem dicalonkan oleh pihak penganjur untuk menyertai pertandingan lain.

V. Cara penyertaan:
Para peserta perlu menyerahkan semua bahan sebelum pukul 12 tengah malam 30 November 2016. Semua borang perlu diisi dengan maklumat yang benar dan lengkap. Karya yang diserahkan tidak boleh mencabuli sebarang hak cipta, harta intelek ataupun hak-hak sah yang lain milik pihak ketiga. Sebarang pertikaian melibatkan hak cipta, hak potret, hak reputasi dan lain-lain adalah tanggungjawab peserta. Karya-karya tertakluk pada Creative-Commons-License (CC-BY).
Cara menyerahkan karya untuk penyertaan:
Muat naik menggunakan cakera internet Baidu, QQ, Dropbox, Google Drive, OneDrive, Bitcasa, atau SkyDrive dan hantar link ke filmkonkurso2015@163.com.

Sila hubungi pihak penganjur sekiranya terdapat sebarang persoalan.
E-mel: filmkonkurso2015@163.com
Tel: 0086-10-68891795 (Chinese and Esperanto)
Pengurus: Zhang Ping perfectgoja@163.com
Wang Shanshan 48045737@qq.com
Wang Weishi zhangpingxiaoyu@163.com
WeChat: 茶语爱情世界
Akaun Rasmi WeChat: teafilm
Alamat penganjur: Esperanto Service, China Radio International, 16A Shijingshan Road, Beijing, China 100040

Borang Penyertaan Pertandingan Filem Mikro Antarabangsa “Teh & Cinta” 2016-2017
Judul Filem

Bahasa

Upload Link


Pengenalan Ringkas Filem


Senarai Nama Pelakon dan Penghargaan

Pengarah: Kewarganegaraan Pekerjaan
Penulis skrip: Kewarganegaraan Pekerjaan
Animasi: Kewarganegaraan Pekerjaan
Muzik: Kewarganegaraan Pekerjaan
Watak utama lelaki/perempuan: Kewarganegaraan Pekerjaan
Penyunting: Kewarganegaraan Pekerjaan
Jurugambar: Kewarganegaraan Pekerjaan
Lain-lain:

Deklarasi
Hak Cipta
Saya dengan ini mengesahkan bahawa karya filem ini tidak mencabuli hak cipta, harta intelek dan sebarang hak yang sah milik pihak ketiga. Saya akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertikaian melibatkan hak cipta, hak potret dan hak reputasi yang berkenaan. Saya bersetuju karya ini diterbitkan dalam laman web, radio, majalah dan lain-lain bentuk penerbitan (termasuk tetapi tidak terhad kepada buku dan produk audiovisual), pesta filem, minggu budaya, seminar dan aktiviti-aktiviti bukan keuntungan. Karya tertakluk pada Creative-Commons-License (CC-BY).
Tandatangan:
Tarikh:

Maklumat hubungan
Nama:
E-mel:
Telefon:
Alamat surat-menyurat:



Comments

Popular posts from this blog

French business would use Esperanto but

马来西亚东方日报专题

东方日报26日专题刊登在《动脉》版。 Oriental News special feature about Esperanto in Chinese